SENGSORANG TAKDA HAL

Assalammualaikum & hi korang!

So basically, today i nak cerita pasal pengalaman naik pengangkutan awam seorang diri!
hahaha. kalau before this, i memang tak pernah nak naik pengangkutan awam sengsorang, kalau naik pun mesti ada kawan itupun boleh kira berapa kali je. Jadi maksudnya, i memang tak retilah kalau nak naik benda benda ni. Bila tahu dapat offer daripada uitm in dip pharmacy i was like sangat sangat bersyukur sebab memang pharmacy antara course yang i nak. & then tetiba dapat tahu kos ni hanya ada di uitm penang! i dah macam Allahu... kenapa jauh sangat?! ๐Ÿ˜“ dah mula dah fikir cemanalah aku nak balik nanti jejauh en. pastu tetiba dapat tahu yang a few of my friends dari setiawangsa dapat uitm penang jugak, & i waktu dah cam fuhh lega nasib baik ada kawan nanti. pastu tetiba lepas dah buat research semua, actually dekat penang ada 2 uitm, which is in Permatang Pauh & Bertam. All science courses will be put in Bertam, & other courses will be at Permatang Pauh. & guess what? My friends yang dapat penang tu, semua dekat Permatang Pauh ambik engineering & i sengsorang dekat Bertam. Dia punya sedih tu dah cam haihh, pasrah gila. Tapi still okay lagi sebab tahu orientasi nanti kitaorang akan disekalikan dekat permatang pauh. orientasi tu seminggu je, lepastu cuti seminggu then masuk belajar interim. Okay waktu pergi orientasi ofc lah pergi ngan parents en, waktu balik orientasi tu ingatkan nak try lah naik ets dengan kengkawan i tu. ticket semua dah beli ni, tetiba parents i kata dorang nak ambik lak. so cam uhm okaylah en. ingatkan nak try belajar ngan dorang cemana nak naik ets semua, takut kot kot lepasni kena balik sengsorang lak en, so tahulah sikit sikit nanti huhu. At last, disebabkan homesick yang sangat melampau lampau waktu first week masuk belajar tu & ditambah pulak jumaat takda kelas & isnin cuti sebab nuzul quran, i gigihkan diri jugak nak balik. Ada tanya kengkawan yang duduk kl, dorang balik tak minggu tu, tapi semua kata dorang tak balik( kalau korang nak tahu, orang kl kat sini boleh kira je beb! tak ramai). so nak taknak memang kena balik sengsorang. Srs, memang before this langsung tak pernah sengsorang. okaylah en, ticket ayah i yang belikan dengan online. Waktu tu ayah i beli selasa malam kalau tak silap, ticket hari khamis pukul 10 pagi. boleh pulak hari rabu tu kedai nak print out tak bukak. I dah cam aduhaiii boleh ke ni tunjuk guna phone je. i redha jelah en nanti cemana. kalau tak silap, dekat penang ni ada 3 station ets. Butterworth, Bukit Mertajam dengan Nibong Tebal. Tapi biasanya dari uitm bertam ni orang akan ambik dekat Butterworth & Bukit Mertajam je anggaran dalam 30 minit ke sana kalau tak silap. Tapi ada yang lagi dekat, dekat Sungai Petani, Kedah. Anggaran masa dalam 20 minit macam tu. So, buat pertama kali tu i pilih untuk naik di Sungai Petani. Transportation dari uitm ke station ets tu, i naik prebet yang senior senior bagitahu. Masa sampai sampai je station ets tu, i terus gi kaunter tanya "boleh ke kalau tunjuk ticket guna phone je?" pastu nanti dorang cakap tak boleh & dorang print out kan ticket untuk i.

         okaylah, first time naik ni mestilah rasa excited, nervous semua! hahaha.

ada tempat letak barang dekat atas seat

meja makan, tak terlalu besar tak terlalu kecik. 

 tv kecik tu je haha

kalau ambik seat 14 atau 15 di coach A memang kena facing each other. 


 nasib baiklah ada buat research & tanya kawan kawan yang pernah naik ets macam mana nak naik. takdalah kekok sangat waktu tu. perjalanan mengambil masa selama 4 jam ke kl sentral. agak agak 4 jam tu nak buat apa? hahaha. download lah siap siap movie ke drama korea ke kat phone. takdalah mati kutu tak tahu nak buat apa. Eh tapi kat dalam ets tu pun dia ada tayangkan movie, tapi cam tak sesuai je nak tengok. kalau nak tidur, takut pulak. first time naik, takut terlepas cemana ke nanti en. Ets ada banyak jugak hentian hentian dia. So setelah 4 jam, akhirnya sampai jugak! hahaha. waktu nak balik ke uitm balik lepas cuti, i try nak merasa naik bas pulak. 6 jam wehh. sakit punggung bak hangg ahhaha. tapi antara ets dengan bas, i lebih prefer naik ets. sebab;
1. cepat
2. facilities dah ada dalam ets like tandas, surau, even cafe pun ada dalam tu, senang. kalau naik bas, nak kena tunggu dia stop dulu baru lah boleh nak pergi tandas solat semua.
3. Tak semua bas akan stop untuk solat ( tapi tak tahulah kalau kita request kat dia, dia akan stop. tapi you know me, memang taklah sengsorang mintak kat driver tu suruh stop huhu)
4. kalau nak baca buku or novel, naik ets tak pening sangat ( bergantung jugak dekat diri sendiri actually )
5. daripada kl sentral, boleh terus naik lrt untuk ke setiawangsa. takdalah susahkan parents sangat nak kena ambik jejauh.

In conclusion, sapa kata i tak boleh survive sengsorang?! hahaha. Just kena banyakkan buat research & tanya orang je. Lepastu, kengkadang kena gak fikir negatif pasal orang, by that baru kita akan lebih berhati hati kalau gi memana sengsorang. &&& i finally made it! ๐Ÿ˜ sumpah tak sangka hahaha. sorrylah kalau cerita mengarut, first time weh tulis bloggg hahaha. ๐Ÿ˜Œ

~Princess potato ๐Ÿ‘‘

Comments

  1. Assalamualikum kak, saya atiyah1999@gmail.com

    nak tanya, kak dari diploma farmasi UiTM kampus Bertam kan? Nak tanya, akak ada simpan tak written report FYP dan poster kakak. Kalau boleh, sudi tak akak kongsi. Sebab kita oranf kena buat ODL (online distance learning) and then, kena buat FYP


    tambah lagi dengan musim covid

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts