Its been awhile, Assalammualaikum gais!
Because of i didn't write anything during my sem 1, so here we go.
Alhamdulillah, Sem 1 as a pharmacy student went well. Banyak gak benda yang terjadi sebenarnya π I get to know lots of people. & the most important thing is i dah tak balik tiap minggu! disebabkan every saturday mesti ada je program kat U tu. Lepastu program tu semua memang kena join kalau nak kumpul kupon. Kupon tu pulak memang kena kumpul kalau nak stay kat kolej sem depan π So nak taknak, memang kena tahan lah homesick tu.π Tapi bagus jugak sebenarnya, sebab kalau tak i memang takkan rapat dengan orang. Memandangkan roommate pun takda, so memang waktu interim dulu asyik terperap dalam bilik, then weekends balik, time mana je nak bergaul dengan orang en? Tapi sem 1 segala galanya berubah. ceh hahahha. I dah start rapat & boleh ngam dengan orang. Lagi lagi my housemate. Kalau dulu ada sedikit ke 'awkward' an, tapi sekarang dah boleh bertarik rambut bertepuk tampar dengan dorang. ππ Semua masuk air lol hahaha.
- So, it started with pertandingan perarakan something like that. Time cuti before nak masuk sem 1 tu tetiba dorang buat group ws for our course, then tetiba one of my coursemates nak cari orang untuk join pertandingan tu. Fikir dua tiga kali gak ah nak join ke tak. Then finally,
|
If im not mistaken kitaorang practice dua ke tiga hari je kot eh tahlah lupa |
|
Kitaorang dapat no 3 gais!π |
|
Disebabkan pertandingan ni dekat permatang pauh, I dapat jumpa my schoolmate! Bahagia gak ah sebab kat bertam mana ada yang satu sekolah huhu |
|
& siapa sangka dapat jumpa kawan abang which is my senior waktu sekolah dulu dekat sini? hoho
- Yang ni lak our first photo of lab sessions ahaks
|
|
I buat gambar ni as my dp ws, & my lil bro tak habis habis cakap "nak tengok gambar doktor"
- & then after midsem break, I ada try interview untuk jadi exco for my faculty which is Sophys ( Society of Pharmacy Students ) & also BSC ( Bertam Students Council ). Alhamdulillah, I dapat jadi seki Sophys after 2 kali pi interview. π
So my very first event dalam Sophys tu adalah Bertam Sports Carnival. Time ni pergh, cuaca sangat tak mengizinkan. Waktu tengah 'merentas desa'(pusing UiTM jewps), hujan turun & then stop, okay sambung balik buat game semua, pastu tetiba lagi sekali hujan lebat gila turun. Dia macam hujan yang on off on off. So, end up kitaorang mandi hujan.☔⛈ Dah lama weh tak mandi hujan, & i memang looking forward untuk mandi hujan,π so memang waktu ni lah masanya kahkah ππ
|
|
Walaupun basah lencun, kami tetap semangatπͺ kahkah |
- Lepastu our next event was UBFest. Setiap rabu dia macam bukak gerai untuk jual jual tak kesah makanan ke apa. kalau untuk kelab memang wajib bukak, so kitaorang yang seki ni gilir gilir bukak. Waktu time I, kitaorang yang first geng kena fikir nak jual makanan apa benda semua. Memang tak prepare pape dari awal, lagi dua hari camtu nak kena bukak ni, baru tahu kena fikir π Memang jenuh lah time tu nak kena fikir apa yang akan laku among students, pastu gi beli barang pe semua huhu. Tapi Alhamdulillah, we manage to handle it. Siap kena puji dengan senior lagi uhui π Menu kitaorang time tu cheesy roll, chilled mojito πΈ, french friesπ & ice cream stickπ¦.
|
SophysLicous terlebih delicious ahaksππ |
- UBFest ni pun my class join. Tapi Alhamdulillah lah, sebab kitaorang memang dari awal dah list kan apa yang okay untuk dijual semua. So waktu my turn nak jaga lak, waktu tu lah last day ubfest. So cam fikir nak buat lain daripada yang lain gaklah, tapi takdalah lain mana, biasa je sebenarnya hahaha. Waktu tu kitaorang jual ayam popcorn & kek batik. Alhamdulillah sambutan agak okay. Before this kitaorang pernah jual kerabu maggi jugak. Kerabu maggi & kek batik memang laku
terox. My class join pun sebab our PA ( macam guru kelas ) yang suggest kan. Kitaorang pun memang ada cita cita nak kumpul duit kelas nak gi bercuti sesama π lagipun our PA memang tinggal kat kolej tu jugak, so nak memasak semua memang takda hal. π³
|
Kek batik weolls |
|
PA kitaorang yang tengah tu, & kitaorang panggil dia bonda hewhew
|
- Okay next, JPK ( Jawatankuasa Perwakilan Kolej) ada buat satu competition tau, Bertam Got Talent. Dia tak kesah nak menyanyi keπ€π΅, buat magic ke nak buat lawak ke apa ke. Lepastu entah macam mana one of my housemates (retis bertam HAHA) tetiba ajak join. Time tu like whaaaat, dia ni biar betul hahaha dia ajak satu housemate menyanyi, tahulah suara dia sedap, suara kita lak macam tongkang pecah adoi. & end up weolls buat gak, tapi kitaorang punya ni cam lain sikit, daripada lagu korea yang bad boy - bigbang tu kitaorang tukar lirik dia semua & buat music video π Time tu kitaorang buat memang last minute, post pun waktu sipi sipi penyertaan nak tutup hoho. ni kitaorang punya link youtube,
& guess what? benda unexpected gila. Join pun sebab saja suka suka, end up jadi johan weh! hahahahah takleh move on πππ
|
Paling function ah yang ni hahah ceh gurau |
|
Uhui hosmet johan π |
- Lepastu my lecturer ada buat satu charity prog for my course. Kitaorang pergi rumah warga emas darul hannan. Masa tak panjang pun kat sana gerak pagi balik tengahari, tapi sempatlah tengok air mata bergelinangan & juga gelak tawa pakcik makcik dekat sana. Eh bukan setakat pakcik makcik tu je, student pun ada je yang tengok tengok basah dah tudung huhu. Walaupun masa yang sangat singkat, banyak jugak aktiviti yang kitaorang buat dengan dorang, Ada sorang pakcik tu kena pulak waktu tu semalamnya birthday dia, kitaorang lak buat pertandingan hias kek. Nyanyi terus lagu happy birthday kat dia. Bukan main seronok lagi tengok pakcik tu.π Kesian dorang, moga kita dijauhkan daripada melakukan perkara yang bukan bukan ataupun dijauhkan dari kena tinggal dekat rumah warga emas bila dah tua nanti huhu. Inshaa Allah. π
|
with our lecturer yang handle prog ni, Madam Roz. |
|
Tersama pulak warna baju kitaorang ngan dorang π |
- tuptup tetiba madam roz katanya nak buat satu group theatre untuk kumpul dana untuk buat charity lagi. entah macam mana i boleh terjoin group theatre tu ππ at first ingatkan nak jadi crew je, end up madam kata semua kena berlakon :') time tu dah macam oh man! mampus nak kena berlakon lak. Kena lak watak I dalam hindustan punya team ( ada 3 team, melayu, english & hindustan ). lepastu watak pulak kena jadi pengotor! time tu dah Astarghfirullah. adakah jalan yang aku ambik ini adalah jalan yang benar??? Mula mula memang tak yakin gila, kena jadi pengotor lepastu kena cakap slang india, like what ?!?!?! Memang padan muka lah cerita dia.π Tapi Alhamdulillah, orang kata, ni orang kata lah kan I berlakon menjadi hehe. Dahlah 2 kali show, 2 kali kena tahan malu & jatuh maruah huhu. & Alhamdulillah theatre kitaorang dapat sambutan daripada student bertam & lecturer jugak. π tapi..... disebabkan ini, madam kata nak continue buat theatre sem depan....... oh....... tidak........ (mampuih)
|
Theatre team! |
& then Alhamdulillah, ada lagi beberapa charity prog yang dah buat. Theatre ni betul betul sebelum cuti study week. Sepatutnya dapat balik awal, tapi disebabkan theatre ni kena balik lambatπ Tapi its okay. Yelah, sebab plan nak buat theatre ni pun dah lambat, kitaorang practice tak banyak sangat pun sebab kekangan masa kan, time tulah nak hantar assignment bagai.
- & yeah our assignment yang lain daripada yang lain sikit! kena berlakon jugak bakhangg. Actually idea theatre yang tadi tu daripada assignment kitaorang lah yang kena berlakon. Kena berlakon pulak process yang ada dalam bio ( glycolysis & pyruvate oxidation ) tu jadi kehidupan seharian. dah macam ergh dah fikir nak jadikan process tu cerita apa, & end up cerita cinderella jugak jadi pilihan hati. kalau nak tengok, mehlah tengok kat link ni π
|
Group assignment |
- Naik cuti study week, exco Sophys ada buat cam gathering makan makan & main game sambil celebrate birthday penasihat kelab Sophys. entah macam mana lagi sekali, dapat jadi ajk makanan. Ye I tahu hidup I memang penuh dengan
kegemukan makanan, macam mana nak kurus kalau macam ni? ceh hahahah.
|
exco yang supporting katako |
Siapa sangka yang dulunya kita hari hari menangis sebab homesick & kalau boleh tiap minggu balik, Yelah sebab first time berjauhan dengan family kan. Parents pun layan je kita nak balik tiap minggu huhu. Tapi sekarang, Alhamdulillah, semakin tabah πͺdah tak habiskan duit parents dengan balik tiap minggu dah π
Tips taknak homesick from me adalah:
- Sebukkan diri dengan aktiviti aktiviti dekat U, so that uguys takda masa sangat nak melayan perasaan homesick tu. huhu.
- Lepastu cubalah cari
crush sumber inspirasi ( lebih manis ) dekat sanaπ yang ni memang tips from my aunty, & memang berkesan untuk I ahaks π
- Kena ngam dengan hosmet semua
Okay sekian, ini sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca π
#salamseharisetengah untuk student UiTM. Result final nak keluar wooi. Moga kita beroleh kejayaan. Amin Ya Rabbal Al-Amin!
-πΈpotato
Comments
Post a Comment